Skip to main content

Fresco by Jaya Grocer

Fresco, tempat makan di Jaya Grocer The Gardens menyediakan makanan western yang harga berpatutan.Bukan saja makanan Western tapi mereka juga menjual makanan ala-Malaysia juga.

Hidangan yang amat menyelerakan dan satu daripada makanan kegemeran saya adalah roast chicken set dimana kamu boleh membeli dalam quarter (RM 20.90), half (RM 34.90) ataupun satu ekor ayam (RM 55.90). Di sini, ayam akan diperap selama 6 jam dengan resipi mereka tersendiri. Oleh itu, rasa ayam itu ada beza sikit kerana sos yang digunakan untuk memerap ayam tersebut sudahlah masuk ke dalam ayam tersebut. Set ayam tu datang dengan coselaw dan mashed potato. Tambahan pula, anda boleh menambah kuah Brown Sauce BBQ Sauce atau Black Pepper Sauce.



Selain daripada itu, cubalah nasi lemak mereka. Nasi lemak mereka berharge daripada RM 6.90 dan kalaulah nak tambah ayam goreng, kari ayam, daging rendang ataupun sambal sotong ; hanya Rm 12.90. 
Selain itu, kalaulah nak satay ada juga dimana mereka mempunyai 3 jenis satay- ayam (RM 13.90), daging (RM 15.90), kambing (RM 16.90).

Kalaulah nak makan makanan western ataupun makanan ala- Malaysia, cubalah kat Fresco By Jaya Grocer.

Address:
Fresco By Jaya Grocer
The Gardens Mall. 
LG-229, LG Floor,
Mid Valley City,. Lingkaran Syed Putra, 
59200 Kuala Lumpur.

Comments