Skip to main content

KEDAI AYAMAS MEMBUKA CAWANGAN BARU BERKONSEP ‘DELI’ - ‘DELI AYAMAS’

Pengendali Kedai Ayamas, KARA Holdings Sdn Bhd, baru-baru ini telah membuka cawangan baru yang berkonsepkan deli iaitu ‘Deli Ayamas’ untuk memenuhi citarasa pelanggan.
Deli yang akan dibuka secara rasmi pada 25 November 2017 terletak di Kota Kemuning, Selangor. Menyediakan suasana makan yang selesa,  Deli Ayamas juga mempunyai pelbagai menu baru yang pastinya memuaskan selera pelanggan.

“Deli Ayamas di Kota Kemuning ini menyediakan ayam segar dan produk sejukbeku Ayamas yang akan memberi kemudahan kepada penduduk di sekitar kawasan itu. Kami menawarkan bukan sahaja produk segar, tetapi pelbagai pilihan menu yang boleh dinikmati sepanjang hari,” kata Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi, KARA Holdings Sdn Bhd.


“Deli Ayamas menawarkan perkhidmatan tambahan yang lebih istimewa berbanding kedai-kedai deli yang ada di negara ini. Kami menyediakan perkhidmatan penggorengan percuma untuk barangan sejukbeku Ayamas yang dibeli di Deli Ayamas ini. Di samping itu, terdapat juga perkhidmatan perapan ayam secara percuma menggunakan ayam dan rempah yang dibeli oleh pelanggan di Deli Ayamas,” tambahnya.
Deli Ayamas juga menawarkan konsep makan di kafe atau bawa pulang kepada pelanggan-pelanggannya. Deli Ayamas menawarkan pelbagai pilihan menu iaitu Breakfast Platter, Roti Bakar dengan Meatloaf Ayam dan Keju, Roti Bakar dengan Kaya dan Mentega, Roti Bakar dengan Roaster dan Keju, Nasi Lemak, Mee Hoon Goreng, Pai Ayam dengan hidangan sampingan, Frank dalam Bun dengan sos terbaru dan Ayam Drummets Pedas dengan sos Asam Pedas atau Kasturi Berapi.
Bagi meraikan pembukaannya  pada 25 November 2017, Deli Ayamas juga akan memberikan 100 goodie bag secara percuma kepada 100 pelanggan pertama yang mengunjungi Deli Ayamas pada hari itu. Bekalan percuma Roasters atau ayam selama setahun juga ditawarkan kepada pelanggan yang pertama dan ke 99 pada hari tersebut. Pelbagai tawaran istimewa juga akan diberikan pada hari pembukaan itu, jadi jangan lepaskan peluang anda!
Deli Ayamas mempunyai ruang  seluas 1650 kaki persegi dengan kapasiti sebanyak 35 tempat duduk di dalamnya. Cawangan ini beroperasi dari 9 pagi hingga 9 malam.

Comments