Para penggemar KFC boleh menyertai bidaan bagi memenangi barangan eksklusif menerusi kempen atas talian KFC Delivery terbaru iaitu KFC 2 Kaki Lagi Best. Bidaan istimewa berkenaan menawarkan pelbagai barangan untuk dimenangi termasuk telefon bimbit Samsung Galaxy S8, iPhone 7, DJI Spark Drone, barangan KFC edisi terhad dan banyak lagi.
Menerusi kempen terbaru ini, KFC Kaki kembali dengan lebih hebat bagi membawakan tawaran ‘KFC 2 Kaki Lagi best’. Dua jenis hidangan KFC kegemaran ramai dipadankan di dalam tiga pilihan kombo masa terhad, khusus untuk memberi penjimatan kepada pelanggan KFC Delivery atas talian. Selain itu, pelanggan juga akan menerima ‘Kaki Points’ bagi setiap pembelian atas talian sepanjang tempoh kempen yang membolehkan mereka menebus baucar diskaun KFC Delivery selain menyertai bidaan untuk memenangi barangan eksklusif.
“Kami memberi perhatian terhadap kehendak pelanggan dan komited untuk memenuhi keperluan mereka. Paling utama adalah memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia bersama kami selama ini. Kempen ini merupakan satu landasan baik untuk kami mendekatkan diri serta menghargai mereka. Kerana merekalah kami terus berada di sini,” kata Datuk Mohamed Azahari, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Berhad.
“Kombo KFC 2 Kaki Lagi Best dicipta untuk memenuhi keperluan pelanggan. Mereka dapat menikmati apa yang mereka gemari dengan tawaran harga berpatutan. Dalam pada masa yang sama, mereka berpeluang untuk memenagi hadiah eksklusif atau menebus baucar diskaun. Ini adalah sebahagian daripada cara kami memberi pengalaman yang lebih menarik kepada pelanggan dan kami berharap agar mereka merebut peluang yang ditawarkan ini,” kata Merrill Pereyra, CEO Restoran, QSR Brands (M) Holdings Berhad.
Untuk menyertai bidaan KFC 2 Kaki Lagi Best, pelanggan perlu mendaftar akaun KFC Delivery dan pesan KFC Kaki Kombo atau sebarang hidangan di KFC.com.my untuk bagi menerima ‘Kaki Points’. Mata berkenaan akan digunakan bagi membida barangan atau menebus baucar diskaun KFC Delivery. Pelanggan juga boleh nantikan ‘Double Kaki Hour’ daripada jam 3 hingga 6 petang, setiap hari Isnin hingga Jumaat untuk mendapatkan dua kali ganda ‘Kaki Points’ supaya dapat membida barangan yang lebih eksklusif. Kempen ini berlangsung dari 11 Oktober hingga 26 November 2017 dan pemenang bakal diumumkan di KFC.com.my.
Bagi menambah lebih keistimewaan dan kejutan di sepanjang tempoh kempen, ‘KFC Kaki on Wheels’ akan bersiar-siar menaiki basikal di sekitar stesen LRT seperti Masjid Jamek, Ampang Park, Bangsar, Wangsa Maju dan stesen Monorail KL Sentral selain taman rekreasi sekitar Lembah Klang seperti Taman Kepong Metropolitan dan Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr. Ismail. Para peminat digalakkan untuk berinteraksi dengan ‘Kaki on Wheels’ untuk berpeluang memenangi baucar KFC Delivery dan pelbagai barangan lain.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen, sila layari KFC.com.my/2kakilagibest
Menerusi kempen terbaru ini, KFC Kaki kembali dengan lebih hebat bagi membawakan tawaran ‘KFC 2 Kaki Lagi best’. Dua jenis hidangan KFC kegemaran ramai dipadankan di dalam tiga pilihan kombo masa terhad, khusus untuk memberi penjimatan kepada pelanggan KFC Delivery atas talian. Selain itu, pelanggan juga akan menerima ‘Kaki Points’ bagi setiap pembelian atas talian sepanjang tempoh kempen yang membolehkan mereka menebus baucar diskaun KFC Delivery selain menyertai bidaan untuk memenangi barangan eksklusif.
“Kami memberi perhatian terhadap kehendak pelanggan dan komited untuk memenuhi keperluan mereka. Paling utama adalah memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia bersama kami selama ini. Kempen ini merupakan satu landasan baik untuk kami mendekatkan diri serta menghargai mereka. Kerana merekalah kami terus berada di sini,” kata Datuk Mohamed Azahari, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Berhad.
“Kombo KFC 2 Kaki Lagi Best dicipta untuk memenuhi keperluan pelanggan. Mereka dapat menikmati apa yang mereka gemari dengan tawaran harga berpatutan. Dalam pada masa yang sama, mereka berpeluang untuk memenagi hadiah eksklusif atau menebus baucar diskaun. Ini adalah sebahagian daripada cara kami memberi pengalaman yang lebih menarik kepada pelanggan dan kami berharap agar mereka merebut peluang yang ditawarkan ini,” kata Merrill Pereyra, CEO Restoran, QSR Brands (M) Holdings Berhad.
Bagi menambah lebih keistimewaan dan kejutan di sepanjang tempoh kempen, ‘KFC Kaki on Wheels’ akan bersiar-siar menaiki basikal di sekitar stesen LRT seperti Masjid Jamek, Ampang Park, Bangsar, Wangsa Maju dan stesen Monorail KL Sentral selain taman rekreasi sekitar Lembah Klang seperti Taman Kepong Metropolitan dan Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr. Ismail. Para peminat digalakkan untuk berinteraksi dengan ‘Kaki on Wheels’ untuk berpeluang memenangi baucar KFC Delivery dan pelbagai barangan lain.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen, sila layari KFC.com.my/2kakilagibest
Comments
Post a Comment
Feel free to give us some love