Skip to main content

Misi Moreh Mekdi Meriahkan Ramadan Bersama Warga Universiti Awam

 


McDonald’s Malaysia hari ini telah menyebar luaskan inisiatif Misi Moreh Mekdi ke 20 universiti-universiti awam seluruh negara dengan menaja hidangan moreh untuk lebih dari 12,000 pelajar-pelajar yang memerlukan di sepanjang bulan Ramadan ini.


 


Acara Misi Moreh Mekdi yang telah dilaksanakan sejak 9 tahun yang lalu, pada hari ini telah diadakan di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan program Misi Moreh Mekdi selain dari tajaan hidangan moreh kepada komuniti di lebih dari 300 buah surau-surau dan masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan di sekitar kawasan operasi restoran McDonald’s.


 


“Sebagai sebuah organisasi yang sentiasa mendekati komuniti setempat, kami juga mengambil peluang di bulan Ramadan ini untuk bersama-sama membantu meringankan beban pelajar yang memerlukan. Kami memahami keperluan para pelajar yang kurang berkemampuan dan diharap usaha ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka terutama ketika berjauhan dengan keluarga ketika ini,” kata Dato' Azmir Bin Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.


 


Inisiatif-inisiatif mendekati komuniti di sekitar lokasi operasi McDonald’s yang boleh membawa impak-impak positif merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Dengan peningkatan jumlah restoran saban tahun, 2022 adalah tahun kejayaan bagi McDonald's dengan pencapaian jumlah pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan paling banyak setakat ini iaitu lebih 19,000 program komuniti.

Comments