Hong Kong Disneyland Resort Tawar Lebih Keajaiban pada Tahun 2018


Pada tahun depan, Hong Kong Disneyland (HKDL) bakal memberi nafas baharu kepada alam keajaiban Disneyland dengan menawarkan pelbagai tarikan baharu bagi mengujakan para tetamu dari segenap lapisan masyarakat.

Kini, 12 tahun sejak operasi HKDL dilancarkan, ia menawarkan destinasi resort yang paling menarik di bandar kosmopolitan Hong Kong bagi para tetamu Malaysia. Taman tema ini memenuhi keperluan tetamu antarabangsa melalui penawaran pengalaman Disney yang sempurna kepada keluarga, termasuk bertemu sapa dengan Mickey, Minnie dan rakan-rakan mereka, serta Puteri-Puteri kegemaran ramai. Di samping itu, ia memaparkan lebih 100 persembahan bertaraf dunia dan pelbagai daya tarikan di 7 kawasan tema, termasuk Fairy Tale Forest, serta persembahan pentas “Mickey and the Wondrous Book” yang dianjurkan secara eksklusif di HKDL. Golongan remaja pula berpeluang menikmati pelbagai tarikan yang berdasarkan kisah-kisah dan watak-watak Star Wars dan Iron Man yang mengujakan.


“Sebagai taman tema Disney yang paling berhampiran dengan Malaysia, kami sedar bahawa Malaysia adalah antara pasaran yang sedang berkembang dan paling penting di rantau Asia Tenggara,” kata Samuel Lau, Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan HKDL. “HKDL terus melancarkan pelbagai tarikan baharu serta hiburan bertaraf dunia bagi para tetamu kami. Kami sangat mengalu-alukan lebih ramai para tetamu Malaysia untuk mengalami pengalaman Disney yang tidak dapat dilupakan pada tahun 2018.”

Bermula pada bulan depan, satu siri acara istimewa dan tawaran baharu akan dilancarkan sepanjang tahun. Royal Princess Garden bakal dibuka pada Disember 2017, di mana para tetamu muda dapat merealisasikan impian mereka untuk menjadi puteri melalui persolekan yang istimewa. Di samping itu, mereka berpeluang merakam detik-detik bermakna ini bersama Puteri Disney kegemaran mereka di sesi foto.


HKDL bercadang melancarkan tarikan pertama selari dengan pelan perkembangannya yang merentasi tempoh beberapa tahun. Oleh sebab rakyat Malaysia amat menggemari Moana, HKDL turut melancarkan pusat hiburan bertemakan Moana di Adventureland pada Mei 2018. Berikutan pembukaan ini, persembahan pentas yang mengujakan, “Moana: A Homecoming Celebration,” bakal mengusik imaginasi para tetamu tanpa mengira umur.!

Para tetamu Malaysia juga dapat menikmati detik-detik penuh keajaiban pada tahun 2018 dengan pelbagai acara. Semasa perayaan Tahun Baru Cina, Karnival Disney Springtime, acara istimewa musim panas, Disney Halloween Time dan A Disney Christmas, taman tema ini akan dicorakkan oleh pelbagai perubahan bagi mencerminkan kemeriahan perayaan-perayaan ini. Selain itu, watak-watak Disney akan muncul dalam pakaian yang melambangkan perayaan-perayaan ini bagi menceriakan lagi suasana.

Seterusnya, pelan perkembangan HKDL tersebut bakal menyaksikan pelancaran beberapa kawasan bertema, tawaran serta hiburan baru setiap tahun sehingga tahun 2023. Perkembangan tersebut akan merangkumi kisah-kisah Disney yang paling popular, termasuk Marvel dan Frozen, sekaligus membawa para tetamu ke satu alam keajaiban yang lebih mengujakan.


Bagi menampung kepelbagaian budaya dan kepercayaan para tetamu Malaysia, HKDL telah meningkatkan perkhimatannya dari segi makanan, hiburan dan pelbagai tawaran. Tawaran fasiliti resort termasuk sebuah Bilik Sunyi di sebelah Explorer's Club Restaurant di Mystic Point di mana para tetamu dan keluarga mereka boleh menikmati waktu bersendirian dengan tenang. Di samping itu, “Duta Kebudayaan” yang fasih dalam pelbagai  Bahasa termasuk Bahasa Malaysia, telah ditempatkan di taman tema bagi menghulurkan bantuan kepada para tetamu Malaysia dalam bahasa utama mereka. Sila rujuk laman web kami www.hongkongdisneyland.com yang disediakan dalam Bahasa Inggeris, Malaysia dan Cina untuk maklumat terkini resort kami dan rancanglah percutian anda bagi mencipta detik-detik yang paling hebat!

HKDL turut mempertingkatkan tawaran juadahnya yang kini merangkumi makanan dari Tumir hingga Barat, termasuk makanan bersijil halal di tiga resort hotel bertema-nya. Para tetamu yang menginap di hotel resort juga dapat membeli-belah secara mudah kerana barangan yang dibeli di taman tema kini dapat dihantar ke hotel mereka tanpa kos tambahan.

Disebabkan jarak dekat Hong Kong dengan mereka, jadual penerbangan yang tetap serta tawaran penerbangan yang hebat, ramai pelancong Malaysia memilih Hong Kong sebagai destinasi idaman mereka. Mengikut kajian Lembaga Pelancongan Hong Kong, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk berkunjung ke Hong Kong, sekaligus menyumbang kepada peningkatan sebanyak 1.3% pelawat dari Malaysia dalam enam bulan pertama pada tahun 2017.

Berdasarkan trend ini, para tetamu Malaysia dapat memanfaatkan pelbagai tawaran waktu terhad bermula dari sekarang hingga 19 November di ejen-ejen pelancongan yang ditetapkan. Tawaran-tawaran ini termasuk pengalaman Play, Shop, Dine dan Stay dari 19 November hingga 31 Mac 2018 melalui Tawaran Hotel Resident untuk tiket selama 2 hari dan penginapan satu malam di hotel resort. Selain itu, mereka juga berpeluang menikmati Tawaran Play and Shop yang merangkumi satu Tiket Kemasukan Umum Sehari, baucer barangan bernilai HK$50 untuk membeli-belah di kedai-kedai taman teman, serta tawaran beli satu percuma satu bagi popcorn di kereta layan diri.

Para tetamu Malaysia dapat menikmati perayaan Krismas sejati tahun ini di Hong Kong Disneyland Resort (HKDL), taman tema Disney yang paling hampir dengan Malaysia. Dari 16 November 2017 hingga 1 Januari 2018, resort ini akan bertukar menjadi satu alam salji, di mana para tetamu dapat mengalami Krismas cerita dongeng yang memukau dari siang hingga malam!

Comments