Skip to main content

“KEMPEN CLEAN AND GREEN” VOLUNTOURISM LANGKAH PROAKTIF MENGEKALKAN BUMI HIJAU


Tourism Selangor dengan kerjasama Flyfirefly Sdn Bhd dan Menteri Besar Incorporated (MBI) telah memperkenalkan satu pelan inisiatif pakej pelancongan terbaharu iaitu Kempen “Clean & Green”.



Pelan inisiatif yang dimaksudkan adalah pelancongan sukarelawan iaitu Kempen “Clean & Green” dimana ianya berkonsepkan “Volunteer Tourism” atau lebih dikenali sebagai “Voluntourism”. Tourism Selangor memberi pendedahan umum tentang “Voluntourism” melalui Kempen Cabutan Bertuah kepada para pengunjung yang berkunjung ke Taman Eko Rimba Kanching (TERK) yang merupakan produk pelancongan di bawah seliaan Tourism Selangor.





Tujuan utama kempen ini adalah untuk memupuk semangat mencintai keindahan alam flora dan fauna di kalangan masyarakat khususnya di tempat yang sering menjadi tarikan pengunjung. Dengan jumlah kedatangan pengunjung yang kian rancak, masalah sampah-sarap menjadi isu utama pada masa kini. TERK merupakan produk pelancongan yang utama di Negeri Selangor. Lokasi ini sering menjadi pilihan utama bagi pelancong tidak kira di dalam Negeri Selangor mahupun dari luar negara. Statistik kedatangan pelancongan di lokasi ini menunjukkan kehadiran seramai 95,311 pengunjung bagi tahun 2017.



Taman Eko-Rimba Kanching (TERK) telah menjadi lokasi bagi Kempen “Clean & Green” yang buat julung kalinya di mana ia akan berlangsung dalam tempoh satu tahun bermula Februari 2018 sehingga Febuari 2019. Di samping itu, sesi cabutan bertuah pula akan dilakukan sebanyak 4 kali dalam setahun. Diskripsi program ini menerangkan kepada setiap pengunjung di kehendaki untuk mengutip sebarang bentuk bahan buangan atau sampah-sarap dan mengumpulkan ia ditempat yang disediakan oleh pihak urusetia di kaunter sewaktu pulang.



“Pengawasan dan pengelolaan pembersihan sampah perlu diselenggara dengan baik dan sistematik bagi menjaga rizab flora dan fauna yang kian terancam. Sedar dan celik akan pentingnya usaha ini, pihak Tourism Selangor mengambil langkah lebih proaktif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab dan kepentingan pengurusan sampah demi menjaga kebersihan dan keindahan alam serta sistem eko-pelancongan senantiasa dalam keadaan yang terurus.”  Oleh Puan Noorul Ashikin Mohd Din, Pengurus Besar Tourism Selangor.



Oleh yang demikian, dengan adanya kempen seperti ini ia mampu memberi impak inspirasi dan motivasi kepada seluruh lapisan masyarakat dan pentingnya tanggungjawab terhadap alam persekitaran. Kempen Cabutan Bertuah ini mampu meningkatkan imej negara di persada dunia dan menjadikan pelancongan Negeri Selangor sebagai model pelancongan “Clean & Green” setara negara membangun seperti di Eropah dan negara membangun di sekitarnya.

Comments